SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:
1.Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang membaca al- Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sehingga 100 ayat setiap hari. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.

3.Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.Lelaki yang masuk pada hari
Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

4.Lelaki atau wanita tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

5.Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.

6.Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

7.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

8.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantarankelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Read More
Posted by NIZA.Ati on Friday, August 15, 2008

"Secara kita sedar atau tidak 6 permasalahan umat masa kini adalah disebabkan kita melakukan 6 perkara dalam hidup kita."

1. SALAH YAKIN - Tidak yakin (beriman) pada Allah dlm erti kata yg sebenarnya.Sebaliknya kita lebih yakin pada harta, duit ,pangkat,nama dsgnya yg mampu memberi kesejahteraan pd kita...walhal ALLAHlah yg MAHA BERKUASA dari segala-galanya. Justeru tidak hairanlah ramai org sanggup membuat apa saja asalkan keinginan mereka tercapai sehingga sanggup membunuh, merompak,makan riba,rasuah dan segala macam jenayah lagi hatta sanggup menukar agama demi mendapatkan perkara-perkara di atas.

2. TIDAK SOLAT - Ramai yg buat maksiat tapi tak rasa berdosa sebab mereka tidak solat atau tidak menjaga solatnya dgn betul.Sesungguhnya solat itu mencegah dari fahsyak dan mungkar. Justeru jadilah sepertimana sekarang ini maksiat berleluasa hingga sukar dibendung dan pelaku maksiat pula berbangga dgn maksiat yg dilakukan tanpa ada sedikit pun perasaan malu/berdosa.

3. LALAI DAN TIDAK BERILMU - Lalai dari mengingati Allah (tidak berzikir) dan lalai dari mengerjakan perintah-perintah Allah.Untuk mengerjakan perintah-perintah Allah perlu ada ilmu..macamana nak solat,nak baca quran,nak berdepan dgn masalah hukum-hakam spt haram,sunat,wajib dsbg maka kita wajib belajar iaitu..berilmu. Jika tidak jadilah kita seorang yg bodoh sombong seolah-olah kitalah yg lebih sempurna dari org lain. Tapi sayang hari ini kita lebih 'berilmu' (dari A-Z) dlm selok-belok kehidupan seorang artis/pemain bola sepak dunia dan seumpamanya.

4. PENTINGKAN DIRI SENDIRI - Engkau engkau..aku aku..begitulah amalan hidup kita hari ini.Apa-apa pun biarlah dapat kat kita dulu..org lain lantak dialah.Sedangkan sabda nabi ' tidak sempurna iman seseorg itu sehingga dia kasihkan saudaranya sbgmana dia kasihkan dirinya sendiri'. Justeru jadilah hari ini org yg menasihat/menegur kesalahan org lain dibelasah hingga patah tangan kaki/ koma..atau kita disini ketawa kekenyangan sedangkan ada insan lain yg menderita kelaparan.

5. TIDAK IKHLAS - Buat sesuatu bukan utk cari redha Allah/kerana Allah sebaliknya utk menunjuk-nunjuk pd manusia atau utk mendapat balasan dari manusia. Justeru lahirlah sifat riak,sombong,bongkak,khianat dsgbnya demi semata-mata utk menyukakan seseorang/utk dipandang mulia disisi manusia.

6. CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI - Inilah yg paling ditakuti Rasulullah s.a.w berlaku ke atas umatnya dan inilah sekarang yg sedang berlaku.Disana sini manusia berlumba-lumba mengumpulkan harta seolah-olah mereka akan hidup seribu tahun lagi dan berkira-kira juga utk membelanjakannya pada jalan Allah.. takut hartanya habis.Justeru terdapatlah org yg sanggup melancong hingga ke hujung dunia tapi tak sanggup pergi ke kaabah,sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit utk segala macam benda dunia tapi tak sanggup sedekah,bayar zakat dsbgnya.Dan yg lebih parah lagi...sanggup menggadaikan akidah dan agama Islam demi utk mendapat habuan
duniawi sepertimana gejala murtad yg berlaku sekarang ini..tapi tak sanggup mengorbankan diri di jalan Allah s.w.t.

Sama-samalah kita renung dan fikirkan .

Read More
Posted by NIZA.Ati on

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terangterangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Read More
Posted by NIZA.Ati on

Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.

Saidina Abu Bakar .a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
- Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
- Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
- Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
- Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

Saidina Umar bin Al-Khatab .a. berkata :
- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
- Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Read More
Posted by NIZA.Ati on


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihatnya teringat akan Allah; mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya."



Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering
terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.



Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah....

Read More
Posted by NIZA.Ati on


1. Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
2. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
3. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
4. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan
hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.




Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya
dan saudara lelakinya.



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui manamana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala
orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu
DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaikbaiknya supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.



"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuhmusuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya”.(Ali-Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Read More
Posted by NIZA.Ati on


Bahawa seseorang ada bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Bilakah akan berlaku kiamat wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda: “Apa yang kamu sediakan untuk menghadapinya?"
Jawabnya: “Aku tidak sediakan untuknya sembahyang, puasa, dan sedekah yang banyak tetapi aku cintakan Allah dan Rasul-Nya.”
Sabdanya: “Kamu akan berada (dihimpun) bersama-samaku orang yang kamu kasihi.” (Bukhari)

Pengertian
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w bila ditanya mengenai kiamat, Baginda mengalih tumpuan kepada perkara yang lebih utama iaitu persediaan untuk menghadapinya. Bila dikemukakan persoalan itu kepada lelaki tersebut jawabnya, “Aku tidak sediakan banyak sembahyang, puasa atau sedekah dan derma. Tetapi yang pasti aku cintakan Allah dan Rasul-Nya,’’ lalu Baginda bersabda: “Kamu akan dibangkitkan di akhirat nanti dan akan dihimpunkan bersama orang yang kamu kasihi itu. Kalau kamu benar-benar cintakan aku, kamu akan dihimpunkan bersama-samaku di syurga nanti.”


Kesimpulan
Orang yang benar-benar kasihkan Allah dan Rasul-Nya dan mencintai ajaran agamanya pasti akan berjaya dan dikasihi Allah dan Rasul-Nya kerana dia akan mengikut jejak langkah baginda sebagai contoh dalam kehidupannya

Read More
Posted by NIZA.Ati on


Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.


Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.


"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.


"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkaycina ini.


Tapi...


"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.


"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.

Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya."

"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni," tanya Haji Seman.

"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.

"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihannya. Kesuciannya. Kemanisannya. "

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

++hayatilah keindahan Islam..

Read More
Posted by NIZA.Ati on Friday, August 1, 2008
0 comments
categories: | edit post
Wadah Qalbu Muslimah. Powered by Blogger.

User Online & Hit Counter

Followers

CALENDAR

Kata2 Renungan

Bicara Kata


Jejak Menjejaki

DILEMA (WANITA)