Sumber: Hanan.com
Assalamu'alaykum wbt.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah .a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Wanita adalah makhluk Allah yang amat disayangi olehNya..
Jadilah wanita solehah di dunia dan akhirat InsyaAllah...(pesanan untuk diri sendiri juga)

Read More
Posted by NIZA.Ati on Thursday, April 30, 2009
0 comments
categories: | edit post

Keistimewaan yang Allah berikan kepada wanita terlalu banyak

"Kasihnya Tuhan kepada wanita!"
Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan "layanan" istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, ism atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu bak seperti mana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah S.W.t tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.



Namun, ramai wanita yang tidak memehami hal ini. Lantaran itu kebanyakan tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang dikenakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas , poligami, larangan wanita menjadi pemimpin (ketua negara atau) dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihathikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.


Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan,sudah tentulah dalam kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagi andai skopnya itu lebih luas iaitu untuk keselematan dunia dan akhirat.

Contoh: Larangan pemimpin (ketua negara)

Pada suatu ketika (selepas kewafatan Rasulullah S.A.W), para sahabat datang kepada Saiyidatina Aisyah meminta pandangan mengenai urusan pentadbiran negara iaitu untuk menyelesaikan kekusutan politik ketika itu, maka berlakulah perang Siffin yang telah mengorbankan ramai sahabat. Sehingga akhir hayat, Saiyidatina Aisyah menyesali dan menangis kesilapannya mencapuri urusan pentadbiran negara.

Kisah ini mengandungi hikmah yang besar. Ia merupakan satu pengajaran kepada kaum wanita supaya jangan mencapuri urusan kenegaraan. Cuma meraka boleh meberi pandangan atau berbincang untuk meringankan masalah kenegaraan, itupun hak kata putus ditangan orang lelaki selaku pemimpin.

Mengenai persoalan pahala wanita dan lelaki yang pernah disuarakan oleh Asma' Binti Yazid sebagai wakil kepada kaum muslimah ketika itu, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Dengarkanlah wahai Asma, sampaikanlah kepada muslimah yang lain di belakangmu bahawa seorang wanita apabila telah mentati suaminya, mengerjakan apa yang disenanginya menurut kemahuannya, semua itu akan menyamai semua pahala yang diperolehi kaum lelaki."

Sumber: Majalah ( tak ingat majalah ape tapi tahun 2001) dan buku
"Ciri-ciri Wanita Yang Membawa Ke SYURGA (koleksi Nizaati)

Read More
Posted by NIZA.Ati on Monday, April 27, 2009
0 comments
categories: | edit post
Wadah Qalbu Muslimah. Powered by Blogger.

User Online & Hit Counter

Followers

CALENDAR

Kata2 Renungan

Bicara Kata


Jejak Menjejaki

DILEMA (WANITA)