Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia.


Perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia.

Perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.


Perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

Perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

Perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubunubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

Perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak
zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).


Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai;
maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

Perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada
duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

Posted by NIZA.Ati on Saturday, September 6, 2008
categories: edit post

6 comments

  1. kitty ieka Says:
  2. naz..weee..
    xde ke artikel yg menyatakan dosa2 lelaki pulak? asyik dosa2 pompuan je,if boleh,cari la mengenai lelaki ke,barula adil ,ye tak? penghuni neraka bukan wanita sahaja,lelaki pun jahat gak.
    naz,yang peliknyer,klu kat mana2 ceramah agama kan,mesti penceramah asyik dok ckp dosa pompuan je,hampir semua la. tu yg pelik,lelaki xde buat dosa ke?hik hik..saje je luahkan perasaan sbb selalunya mcm tu kan?mmm..weee...
    slamat ari raya dear!

     
  3. nizaati Says:
  4. Melihat kepada Surah Al-Imran,ayat14 yang bermaksud:
    Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun,

    Rasulullah bersabda:
    إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضْرَةٌ وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَ اتَّقُوا النِّسَاءَ فَإنَّ أَوَّلِ فِتْنَةِ بَنِيْ
    إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ“
    Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya.” (HR. Muslim).

    Disini kita dapat melihat betapa telah dinyatakan perempuan itu adalah fitnah...dimana perempuan boleh mendatangkan pelbagai fitnah. Sebab tu, banyak dinyatakan tentang dosa wanita dimana dosa yang begitu banyak ini hanya boleh ditembusi dengan 4 syarat tuk masuk ke syurga iaitu:
    SEMBAHYANG 5 WAKTU, PUASA DI BULAN RAMADHAN, TAAT
    SUAMINYA DAN MENJAGA KEHORMATANNYA.

    Senang je kite pk Tikah, "Senang dapat dosa, Senang pula kita dapat pahala dan masuk ke syurga".

    Mengenai lelaki pulak:
    Kalau wanita dosanya banyak terletak pada "Aurat" tetapi dosa lelaki terletak pada ketidak bertanggungjawabnye mereka...

    1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.

    2. lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

    3 . Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
    kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.

    4 . Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
    lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengansemut. Itu
    sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.

    Wanita dosanya hanya berkaitan dgn DIRI SENDIRI tapi lelaki berkait juga dengan ORANG LAIN...

    Menjawab persoalan ko kenapa xde aku letak artikel mengenai LELAKI kat sini sbb tujuan BICARA QALBU ini adalah tuk wanita..sebelum ni aku buat dlm bntk artikel yg dibukukan..skrg aku pkai on9 jek. Namepun "Wadah Qalbu Muslimah" tika... ;-) Papepun..enjoy reading di sini erk.. Amik le ape2 yang patut..InsyaAllah...waAllahualam

     
  5. Amir Akhbar Says:
  6. Assalamualikum..Saya minat blog ini..
    walaupun blog ini lebih cenderung kepada wanita..saya rasa lelaki pun patut baca dan menghayati blog ini..
    saya lelaki..blog ini untuk umum..
    bukan untuk wanita sahaja..

    saya minat dengan blog-blog macam ini..ia dapat menambah kan ilmu pengetahuan..
    saya cadangkan kalian vuka blog ini pula..

    http://abumusa2.blogspot.com

    blog ini memang menarik..
    banyak pengajaran dan kita perlu berfikir mengenai masa akan datang..

     
  7. nizaati Says:
  8. Wa'alaykumusalam wbt,
    Syukron atas ziarah akhi. Ahlan wa sahlan.

    InsyaAllah bakal berkunjung juga...

     
  9. syam Says:
  10. salam.. artikel yang amat baik.
    lebih baik lagi kalau isertakan dengan hadis @ dari mana dapat fakta yang dinyatakan? so orang yang baca x jadi was2

     
  11. syam Says:
  12. salam...
    artikel yang amat baik.
    kalau ada bahan @ hadis yang boleh mengukuhkan lagi fakta, lagi elok. so, pembaca x was2...

     
Wadah Qalbu Muslimah. Powered by Blogger.

User Online & Hit Counter

Followers

CALENDAR

Kata2 Renungan

Bicara Kata


Jejak Menjejaki

DILEMA (WANITA)